MALAY     ENGLISH
UTAMA
KENALI KEMBARA
JAWATANKUASA
AKTIVITI
M2M09
PROFIL PENDAKI EVEREST
BORANG
GALERI
MEDIA ARKIB
SENARAI PENAJA
TIP KEMBARA
HUBUNGI
 KALENDAR
 
PAUTAN
Kementerian Belia & Sukan
Kementerian Penerangan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Women Sports Fitness & Foundation Malaysia
National Fitness Council
Majlis Olimpik Malaysia
Institut Sukan negara
 
 SEVEN SUMMITS
1 Mount Kilimanjaro
2 Mount Elbrus
3 Mount Carstensz Pyramid
4 Mount Everest
5 Mount Mckinley
6 Mount Aconcagua
7 Mount Vinson Massif
   
 INFO
Laporan Semasa
7summits.com
Senarai Gunung di Malaysia
   
PENERBITAN
Lambaian Bumbung Dunia
Damai Abadi Di Puncak Everest
   
 PELAWAT 
  Anda Pelawat ke
     
 


UTAMA > GUNUNG DI MALAYSIA

 

Negeri Tereangganu, Besut
Gunung Gunung Tebu
Ketinggian 3,408 Kaki
Ringkasan

Gunung Tebu atau dikenali dengan Sugar Cane Mountain, adalah salah sebuah gunung yang menarik dan mudah untuk didaki. Permandangan yang berlatarbelakangkan Laut China Selatan serta Pulau Perhentian dapat dilihat dari puncak sekiranya cuaca cerah dan tidak berkabus. Gunung Tebu adalah gunung yang unik kerana terdapat sebuah kubur di puncak gunung. Ia juga sebagai tempat pesilat-pesilat untuk bertapa.
Gunung Tebu terletak di Hutan Lipur Lata Belatan, Daerah Besut yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.

Di Hutan Lipur Lata Belatan, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking. Selain itu, pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuklah kemudahan asas seperti gerai, astaka serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik.
Terletak 24 km dari Pekan Jertih melalui Jalanraya Kuala Terengganu-Jertih, 118 km dari Kuala Terengganu. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Permaisuri atau Pekan Jertih. Dari pekan jertih, kita terus menuju ke Kampung Jabi untuk ke Hutan Lipur Belatan.

Hutan Lipur Lata Belatan, adalah starting point untuk mendaki gunung Tebu. Di sana terdapat resort dan pondok Jabatan Hutan. Setiap pendaki perlu mendaftarkan diri di pondok berkenaan sebelum memulakan pendakian. Setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM 5 sebagai permit mendaki.
Dari Hutan Lipur Lata Belatan untuk ke puncak gunung Tebu hanya mengambil masa 5 hingga 6 jam perjalanan. Perjalanan bermula dari pondok Jabatan hutan dan melintasi sebuah jambatan gantung. Dari situ setiap pendaki akan menyusuri ke hulu sungai. Keadaan sungai yang berbatu besar serta berpasir halus adalah sangat bersih dan mempunyai air yang berwarna hijau seperti air tebu. Keadaan perjalanan landai dan rata. Dari jambatan gantung menyusuri sungai hanya mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan tapak perkhemahan di mana terdapat cabang sungai yang dipanggil Sungai Y. Sungai Y adalah last water point untuk sampai ke puncak. Disarankan agar mengambil sedikit air hanya untuk minuman sepanjang perjalanan ke puncak.

Selepas melintasi Sungai Y, kita perlu mendaki dan mula memasuki hutan Lipur Gunung Tebu. Kecerunan pendakian hanya sekitar 45 darjah sahaja. Sekitar pendakian, kita akan sampai di satu kawasan yang mempunyai baru besar yang berketinggian lebih dari 5 meter. Batu ini dikenali dengan nama Batu Mat Hassan. Dari Batu Mat Hassan untuk ke puncak hanya mengambil masa selama 2 jam sahaja. Sebelum sampai di puncak, iaitu jam perjalan dari batu Mat Hassan, kita akan berjumpa dengan satu kawasan lereng yang boleh melihat permandangan sekitar Gunung Tebu. Tempat ini dikenali dengan Jendela Dunia.
Setelah tiba di puncak gunung Tebu, ambil laluan ke kiri dan dalam laluan menurun untuk sampai ke tapak perkhemahan. Puncak Gunung Tebu jarang pendaki akan bermalam kerana, tiada sumber air disana. Untuk ke tapak perkhemahan hanya mengambil masa 20 minit dari puncak. Pendaki akan melalui satu kawasan di mana terdapat satu papan tanda dari PMM. Terus turun sehingga berjumpa dengan satu batu tongkol yang sangat besar. Batu tersebut seperti bola yang telah dikerat dua. Dari batu tersebut jarak tapak perkhemahan hanya 300 meter sahaja.

Teruskan menuruni sehingga berjumpa satu kawasan lapang yang terdapat batu-batu besar dan juga sebuah kubur. Di sini kawasan terbuka dan berangin, disarankan agar turun kebawah sedikit untuk berkhemah. Disini terdapat banyak pokok-pokok renek dan dekat dengan sumber air iaitu lima minit dari kawasan perkhemahan.

Untuk maklumat, lanjut, boleh menghubungi terus dengan pihak berkenaan :

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun, Terengganu.
Tel. : 09-8441404

 

[ Senarai Gunung di Malaysia ]


UTAMA
  KENALI KEMBARA  JAWATANKUASA   AKTIVITI   
BORANG  GALERI   MEDIA ARKIB  HUBUNGI

Hakcipta Terpelihara @ Persatuan Kembara Negara    l   Penafian   l   Kemaskini Februari 2010