MALAY     ENGLISH
UTAMA
KENALI KEMBARA
JAWATANKUASA
AKTIVITI
M2M09
PROFIL PENDAKI EVEREST
BORANG
GALERI
MEDIA ARKIB
SENARAI PENAJA
TIP KEMBARA
HUBUNGI
 KALENDAR
 
PAUTAN
Kementerian Belia & Sukan
Kementerian Penerangan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Women Sports Fitness & Foundation Malaysia
National Fitness Council
Majlis Olimpik Malaysia
Institut Sukan negara
 
 SEVEN SUMMITS
1 Mount Kilimanjaro
2 Mount Elbrus
3 Mount Carstensz Pyramid
4 Mount Everest
5 Mount Mckinley
6 Mount Aconcagua
7 Mount Vinson Massif
   
 INFO
Laporan Semasa
7summits.com
Senarai Gunung di Malaysia
   
PENERBITAN
Lambaian Bumbung Dunia
Damai Abadi Di Puncak Everest
   
 PELAWAT 
  Anda Pelawat ke
     
 


UTAMA > GUNUNG DI MALAYSIA

 

Negeri Johor
Gunung Gunung Ledang
Ketinggian 4,187 Kaki
Ringkasan

Gunung Ledang
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Muar, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.

Asal-usul nama
Terdapat beberapa pendapat yang popular berhubung dengan asal-usul nama gunung ini. Menurut satu pendapat, sejarah purbakala menunjukkan bahawa Gunung Ledang adalah tempat yang mengandungi begitu banyak simpanan emas, menarik pedagang sehingga sejauh Greece dan China. Nama `Ophir' itu sendiri dikatakan berasal dari bahasa Ibrani. Dalam kurun ke-14, pelayar Cina yang berulang-alik di Selat Melaka memanggil gunung tersebut sebagai ‘Kim Sua’ yang bermaksud 'Gunung Emas' (Golden Mountain). Satu sumber lain mengatakan bahawa Jawa ketika pemerintahan empayar Majapahit telah menamakan gunung tersebut sebagai ‘Gunong Ledang’, yang membawa maksud 'gunung dari jauh'.

Cara mendaki
Ada tiga runut mendaki:

  • Dari Asahan, Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.
  • Dari Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Panas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun , anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak.
  • Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio Telekom Malaysia Berhad dan empangan air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai.

[ Senarai Gunung di Malaysia ]


UTAMA
  KENALI KEMBARA  JAWATANKUASA   AKTIVITI   
BORANG  GALERI   MEDIA ARKIB  HUBUNGI

Hakcipta Terpelihara @ Persatuan Kembara Negara    l   Penafian   l   Kemaskini Februari 2010