MALAY     ENGLISH
UTAMA
KENALI KEMBARA
JAWATANKUASA
AKTIVITI
M2M09
PROFIL PENDAKI EVEREST
BORANG
GALERI
MEDIA ARKIB
SENARAI PENAJA
TIP KEMBARA
HUBUNGI
 KALENDAR
 
PAUTAN
Kementerian Belia & Sukan
Kementerian Penerangan Malaysia
Kementerian Pengajian Tinggi
Women Sports Fitness & Foundation Malaysia
National Fitness Council
Majlis Olimpik Malaysia
Institut Sukan negara
 
 SEVEN SUMMITS
1 Mount Kilimanjaro
2 Mount Elbrus
3 Mount Carstensz Pyramid
4 Mount Everest
5 Mount Mckinley
6 Mount Aconcagua
7 Mount Vinson Massif
   
 INFO
Laporan Semasa
7summits.com
Senarai Gunung di Malaysia
   
PENERBITAN
Lambaian Bumbung Dunia
Damai Abadi Di Puncak Everest
   
 PELAWAT 
  Anda Pelawat ke
     
 


UTAMA > GUNUNG DI MALAYSIA

 

Negeri Kedah, Kuala Muda
Gunung Gunung Jerai
Ketinggian 3,992 Kaki
Ringkasan

Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Mempunyai ketinggian 1,217 meter.
Gunung Jerai boleh dilihat dari Hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak dari Butterworth ke Gunung Jerai cuma 50 kilometer sahaja.
Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat kepelbagaian tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.

Asal usul
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Cara ke sana

  • Dari Butterworth mengikut jalan persekutuan (1), memandu ke Sungai Petani, melalui Bedong, Kedah. Kemudian ke Gurun. Dari sana ada jalan tar menuju ke stesen radio sepanjang 11 km. Ada sebuah hotel kecil di sana. Ada tapak perkhemahan dan tapak perkelahan di pertengahan jalan.
  • Mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg. Dua, Prai menuju utara dan keluar di Exit Gurun. Belok kiri selepas tol, kemudian belok kanan di simpang lampu trafik.
  • Dari utara melalui Guar Chempedak, Yan Kecil dan ke Yan Besar . Anda dakilah dari Yan Besar melalui trak lama.

Dari puncak akan kelihatan permandangan indah negeri Kedah terutama permandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.

  • 1884 telah ada kerja-kerja memecah batu di atas puncak Gunung Jerai . Sebuah bangunan misteri terdapat di sana dipercayai 1000 tahun. Binaan ini tidak dketahui oleh kebanyakan penduduk tempatan. Kini binaan tersebut telah hampir dimusnahkan oleh kerja-kerja meratakan tapak bagi stesen radio.

[ Senarai Gunung di Malaysia ]


UTAMA
  KENALI KEMBARA  JAWATANKUASA   AKTIVITI   
BORANG  GALERI   MEDIA ARKIB  HUBUNGI

Hakcipta Terpelihara @ Persatuan Kembara Negara    l   Penafian   l   Kemaskini Februari 2010