| Ringkasan |
Gunung Datuk adalah merupakan gunung yang tertinggi di daerah Rembau dengan ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Gunung ini terletak di Kampung Batang Nyamor mukim Gadong dalam daerah Rembau. Ia boleh dikunjungi dari Tol Simpang Empat Alor Gajah Melaka, dari selatan, Tol Pedas/Linggi dari sebelah utara pintu masuk ke Daerah Rembau dengan jarak 13 km dari Pekan Rembau dan Pekan Tampin.
Di kaki Gunung Datuk pengunjung disajikan dengan aliran air sungai dan terdapat tapak perkhemahan yang luas. Kawasan ini dilengkapi dengan dewan dan tandas awam untuk keselesaan pengunjung.
Pendakian ke puncak mengambil masa 2 jam dari Hutan Lipur Gunung Datuk dengan melihat keindahan flora dan fauna disepanjang pendakian. Trak laluan adalah sesuai untuk semua peringkat umur. Apa yang menariknya, puncak Gunung Datuk mempunyai kelainan iaitu permukaan yang berbatu hampar dan lebih menarik lagi terdapat kesan tapak kaki Laksamana Melaka yang masyhur iaitu Hang Tuah yang dikatakan pernah ke sini. |