| Ringkasan |
Gunung Angsi terletak di Hutan Lipur Ulu Bendul, di laluan dari Seremban Ke Kuala Pilah melalui Bukit Putus,Kuala Pilah. Kawasan taman rekreasi ini boleh dilawati dengan menggunakan perkhidmatan Bas awam iaitu dari pekan Seremban ke Kuala Pilah. Hutan rekreasi ini menyediakan kemudahan asas seperti tandas, kawasan perkhemahan dan chalet untuk para pengunjung.
Pendakian daripada pintu masuk ke puncak Gunung Angsi mengambil masa 4 jam . Lebih kurang 30 minit pertama pendaki akan melewati Jeram Kak Lang yang dikatakan berasal daripada Hantu Langsuir yang tinggal di sini. Selepas melewati jeram, laluan berikut adalah trak balak sebelum ke kaki Gunung Angsi. Tiba di sini pendakian akan lebih mencabar kerana bentuk muka buminya agak mencanak sehingga ke puncak. Hati-hati jika waktu hujan, kerana permukaannya agak licin yang boleh menyababkan kemalangan. Sebelum sampai ke puncak, pendaki harus melalui kawasan berbatu yang agak teknikal yang memerlukan pendaki berpaut pada tali. Di puncak gunung, terdapat Beirut , kawasan lapang yang ditumbuhi rumput hijau. Untuk turun, pendaki mengambil masa 3 jam untuk sampai semula di Hutam Lipur Ulu Bendul. |